Assalamualaikum dan salam pertemuan,
Alhamdulillah… Akhirnya, blog ini akhirnya berjaya di bangunkan untuk bersama-sama memberi panduan dan seterusnya membantu usahawan internet yang baru dan ingin berkecimpung di dalam perniagaan internet. Blog ini bukanlah untuk bersaing dengan blog-blog dan website yang telah sedia ada, tetapi untuk bersama-sama merancakkan perniagaan internet di Malaysia khususnya yang kini mula mendapat perhatian. Seperti di dalam hadis nabi kita sendiri, 9/10 dari sumber rezeki itu sendiri datangnya dari perniagaan.
Sememangnya internet membuka ruang seluas-luasnya kepada usahawan-usahawan internet untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Namun potensinya mula terserlah kepada masyarakat Malaysia sejak selepas didedahkan kepada beberapa kejayaan usahawan internet seperti Dr. Irfan Khairi. Blog ini akan merintis permulaan baru dan akan bersama-sama mengharungi pahit getir para usahawan dalam berkongsi pengetahuan dan panduan yang dalam mengharungi gelombang-gelombang yang bakal ditempuhi.
Di sini saya ingin berkongsi misi dan visi blog usahawan cyber ini iaitu;
Misi blog usahawan siber :-
(i) untuk berkongsi informasi dan panduan serta bersama-sama usahawan-usahawan internet yang baru memulakan perniagaan mereka.
ii) Memberi nafas baru dan alternatif kepada anak-anak malaysia dalam membina kerjaya mereka.
Visi blog usahawan siber :-
i) Pusat usahawan-usahawan cyber bertukar-tukar maklumat dan idea
ii) mendedahkan masyarakat kepada perniagaan-perniagaan yang boleh diusahakan di internet
ii) memberi pendedahan asas istilah-istilah dan maklumat berkaitan dengan perniagaan internet


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home